Sepanjang 24 jam yang lepas, ada beberapa lagi kad dari set Kaladesh telahpun di spoilkan. So far set ni nampak macam menarik dengan enemy color diberikan perhatian. Tak sabar pulak nak tengok kad-kad dari color pair kegemaran aku (Hijau/Hitam) di spoilkan pulak.
Sebelum aku mulakan post aku arini, marilah kita mengambil peluang ini untuk menikmati keindahan 5 keping dual lands rare yang baru untuk set Kaladesh ni.
Dah sedia? Nah….
Best gila kan? Untuk yang baru je berjinak-jinak dengan Magic, cycle land ni adalah di panggil “Fast Lands” dan 5 yang akan keluar dalam Kaladesh ni adalah pelengkap cycle Fast Lands yang pernah keluar semasa set Scars of Mirrodin yang di release pada tahun 2010.
Ok. Next!
Kad pertama yang menarik perhatian aku hari ni adalah kad ni. Yang paling menarik bagi aku adalah rarity dia : Common.
Kad ni common je wei! Kad macam ni membolehkan Lone Rider flip dengan mudahnya dalam Standard nanti. Dan dalam Commander, sangat abusable dengan Academy Ruins dan unlimited mana combo.
Satu benda aku nak ingatkan pasal mechanic “Energy” ni adalah, “Energy” counter yang kau dapat setiap kali kau mainkan kad atau ability yang mendapatkan “Energy” counter ni takkan hilang walaupun kad yang asal tu dah takde dalam battlefield. Maknanya sepanjang game, ada satu lagi pool wujud untuk kau simpan “Energy” counter.
Dan yang paling penting sekali, dalam Modern, Commander dan Legacy : Proliferate boleh menambahkan jumlah “Energy” counters yang kau ada. So kalau korang boleh figure out cara nak main kad-kad yang boleh bagi effect Proliferate, silakan cuba.
Untuk Standard, kad ni macam ada rumah dalam Green White Humans. 4 over 5.
Untuk Limited, nampaknya mechanic “Energy” ni membuka satu elemen baru dalam gameplay. Sangat menarik. 4 over 5.
Untuk Modern dan Legacy, kalau kau minat nak buat fun deck yang boleh abuse benda ni, silakan. 3 over 5.
Untuk Commander, sekarang aku kena fikir nak buang kad apa pulak dalam deck Zegana aku. LOL. 4 over 5.
Tengok. Encik tengok, encik.
Green White Energy macam menarik untuk dijadikan archetype dalam Standard lepas Kaladesh keluar nanti. Kad-kad macam ni yang buatkan investment dalam mechanic “Energy” berbaloi. Ada pulak Archangel Avacyn lagi. Pergh memang hebat la Green White Energy nanti. Stompy to the max!
Untuk Standard, aku rasa kad ni memang jadi staple dalam deck Green White. 5 over 5.
Untuk Modern dan Legacy, aku tak nampak sangat tempat dia boleh masuk. 1 over 5
Untuk Limited, first pick as always. 5 over 5.
Untuk Commander, boleh masuk dalam deck yang nak abuse “Energy”. 3 over 5.
Dah ada flyer kat 4 mana slot, benda ni datang pulak kat 5 mana slot. Kalau tak mampu nak beli Archangel Avacyn, aku rasa benda ni boleh ganti slot tu. Walaupun dia tak Flying dan boleh jadi boardwipe macam Avacyn, benda alah ni punya ability bila enters the battlefield sangatlah kuat.
Imagine kau dah ada Sylvan Advocate, Tireless Tracker, Aetherstorm Roc in play. Lepas tu turn 5 kau cast benda alah ni, distribute counter to each creature yang dah ada dalam battlefield kau, dengan balance satu +1/+1 counter letak kat dia.
5 mana, 5/5, gemukkan creature lain yang kau ada. Swing. Boom. Langgar. Kebabow!
Untuk Standard, sila preorder kad ni kalau kau nak main Green dalam Standard yang akan datang. Kad ni mesti ada dalam semua deck yang main Green. 5 over 5.
Untuk Modern, Stompy decks boleh main kad ni. Mungkin ada slot untuk dia dalam Bant Eldrazi. 4 over 5.
Untuk Commander, investment 5 mana untuk dapat upside macam ni sangat jarang ada dalam MTG. Seriously, find a slot for your deck if you are playing Green to fit this guy in. 5 over 5.
Sape pernah main masa Solemn Simulacrum bermaharajalela dalam Standard (Masa Mirrodin 2003)? Kad tu 4 mana, rare. Ok la dia boleh tolong kau cari basic land dari deck kau tapi yang ni boleh buat kau gain 2 life bila dia enter the battlefield.
Bila di translate, kad ni berbunyi :
Filgree Familiar {3} 2/2
Artifact Creature Fox
When ~ enters the battlefield, you gain 2 life.
When ~ dies, draw a card.
Hebat wei untuk sekeping uncommon. Costs 1 less mana than Solemn, with the same effect bila dia mati. Best.
Untuk Standard, deck yang heavy artifact dan vehicle maybe boleh main ni 4 keping. 4 over 5.
Untuk Modern, disebabkan kad ni colorless artifact, mana-mana deck midrange boleh sumbat dia dalam deck. 3.5 over 5.
Untuk Commander, salah satu calon kad baru dalam deck pre-constructed Commander yang Wizards jual. Ada potensi kena abuse gak dengan recursion. 3 over 5.
Untuk Limited, solid 3 mana pick up. 5 over 5.
Kad yang terakhir untuk post aku kali ni, adalah sebuah kenderaan. Hahaha. Kenderaan yang bagus pulak tu!
Bayar 4 mana, terus dapat 5/3 creature dengan trample dan haste. Tak payah nak tap untuk Crew dulu sebab dia terus je jadi creature bila masuk battlefield. Lazat. Dengan Eldrazi Mimic in play, turn 4 kau cast ni, Eldrazi Mimic jadi 5/3 trample, lepas tu turn 5 kau cast Reality Smasher lak dan Mimic jadi 5/5 trample. Wow.
Untuk Standard, memang akan ada tempat dia ni dalam colorless Eldrazi deck. 5 over 5. Kalau boleh pre-order kad ni, silakan.
Untuk Modern dan Legacy, pun ada tempat untuk dia dalam mana-mana Eldrazi deck build. 5 over 5.
Untuk Limited, sangat first pick-able. 5 over 5.
Untuk Commander, ada ruang untuk dia sebagai finisher. 4. over 5.
So selesai aku memberikan pandangan aku bagi kad-kad yang aku rasakan menarik yang dispoilkan di hari kedua Magic World Championship. Aku harap korang dapat info yang best dari post aku ni. Jangan lupa share post aku ni kalau korang suka aku menulis dalam Bahasa Malaysia.
Umur panjang, esok aku menulis lagi. 😀