Game Destiny ni adalah antara disc game yang paling jarang keluar dari PS4 aku. Kalau aku bosan macam mana pun, kalau bukak Destiny mesti ada benda nak buat.
Untuk yang tak tahu, Destiny ni adalah game “first-person shooter” yang berkonsepkan MMO. Kira macam World Of Warcraft la tapi pakai senapang ngan pistol. Developer game ni adalah Bungie, yang dulu pernah buat game Halo trilogy yang best tu untuk Xbox. Bungie ni gak yang tolong Sony design controller untuk PS4. So kalau nak main Destiny dengan setup yang paling ngam, sila beli dan main kat PS4.
Game ni keluar pada 9 September 2014 untuk PS3, PS4, Xbox 360. Masa mula-mula keluar aku dah beli untuk PS3 dah, tapi time tu kurang syok main sebab PS3 ni online communication capabilities dia agak terhad. Jadi nak main multiplayer, nak bercakap ngan player lain dalam Fireteam agak susah. So masa kat PS3 dulu aku main kejap je, sampai level 20. Adik-adik aku yang bantai main game ni gila-gila.
Then aku bila aku dapat PS4 aku, time tu aku dah pindah JB. Adik-adik aku sorang-sorang ada PS4 sendiri dan main game ni. Aku je yang takde. Bosan gak la sebab dulu masa aku serumah dengan diaorang, aku selalu je borak-borak ngan diaorang. Jadi bila expansion baru keluar untuk Destiny yang bernama “The Taken King” keluar pada bulan September 2015, aku pun cepat-cepat beli.
Nak install game ni je punya la lama sebab Streamyx aku 4mbps kan. Download patch semua tu ada dalam sehari gak habis. Dalam hati ni macam tak sabar nak tengok rupa game ni kat PS4 macam mana.
Habis je install, aku pun boot up game tu.
Mak aiii…. Lawa gila beb. Time tu, next-gen aku bermula. Hari pertama aku main Destiny kat PS4 aku habiskan dengan naikkan level character lama aku dari PS3 dulu, Titan Exo. Time ni adik-adik aku dah high level dah, jadi bila diaorg buat activity aku tak boleh join pasal level aku rendah.
Bila level aku dah cukup tinggi, aku pun join la diaorang. Aku pun join clan Destiny diaorang gak. Clan ni penuh dengan orang dewasa, jadi ok la kepala masing-masing boleh ngam dengan kepala aku.
Gameplay
Macam aku cakap tadi, Destiny ni adalah game yang berkonsepkan “first person shooter” dengan elemen MMO. Cerita dalam game ni takde la gempak sangat tapi mission, gunplay, multiplayer arena dia amat best. Dalam game ni watak kau adalah seorang pahlawan yang dihidupkan semula selepas berlaku peperangan di Bumi yang memusnahkan semua benda. Masa perang tu, Bumi diselamatkan oleh satu makhluk yang bernama “Traveller”. Traveller ni yang tolong survivor perang tu dapatkan skill dan senjata yang diperlukan untuk menewaskan musuh Bumi. So sekarang ni, kau dah jadi sebahagian dari kumpulan elit berbekalkan kuasa yang diberi oleh Traveller ni menentang kejahatan Vex, Fallen, Hive dan Taken. Kau boleh pilih dari 3 jenis class dalam Destiny ni. Ada Titan, Hunter, dan Warlock. Tiap class lain sikit cara main dia sebab tiap class ada ability dia yang tersendiri.
See, cerita dia agak biasa je. Plus game ni setting dia beribu-ribu tahun di masa depan. Developer tak pernah nyatakan berapa tahun ke hadapan, tapi aku selalu bayangkan cerita dalam game ni berlaku 20 ribu tahun di masa akan datang. Hahaha.
Anyway gameplay dia terbahagi kepada single player campaign yang terdiri dari Strike Mission dan Patrol Mission. Strike mission ni ada objektif dia yang tersendiri. Patrol mission ni lebih kepada exploration sesuatu tempat dalam game tu dan mission-mission kau main dalam Patrol datang dari benda yang kau collect masa Patrol tu.
Strike ni ada 2 difficulty. Bila kau dah high level, Normal level Strike akan jadi senang sangat. Jadi developer buat lagi satu difficulty yang bernama “Heroic”. Bila main Heroic Strike, barang-barang yang kau boleh dapat dari mission rewards pun lain. Hebat sikit dari Normal.
Strike ni pulak, bukan saja dia single player, kau boleh main apa-apa Strike Mission dengan party kau, yang di panggil “Fireteam”.
Satu Fireteam boleh ada 3 orang. Jadi kat sini elemen social datang dalam game ni. Amat berguna kalau kau ada clan so that kau boleh buat Strike tu dengan pertolongan kawan-kawan kau. Seriously main Heroic Strike ngan member-member amat best. Banyak gak benda lawak jadi masa buat Strike tu. Walaupun map dia kadang-kadang berulang, ada je benda merepek yang boleh dibuat dalam Strike tu. Bagi aku, tu antara benda yang buat aku main Destiny hari-hari.
Selain Strike Mission, ada jugak Raid. Biasa la kan kalau dah game yang macam MMO, mesti ada Raid. Raid ni konsep dia macam kau serbu boss untuk tamatkan riwayat dia. Jadi difficulty Raid ni lagi susah dan complex dari Heroic Strike sebab Raid ni ada mechanics sendiri. Dan Raid ni kau boleh main up to 6 orang dalam Fireteam kau. So far ada 3 Raid sekarang dalam Destiny; Vault of Glass, Crota’s End dan King’s Fall. Nanti bulan September 2016 akan keluar lagi satu Raid sempena expansion “Rise of Irons” keluar.
Aku suka je Raid ni. Cuma nak dapatkan dedicated 6 orang yang boleh spend time dalam 3 jam sekali gus tu yang susah. Tu sebab aku jarang main Raid. Tapi sekali dapat, memang pulun habis. Reward dari Raid pun best gila. Semua level tinggi.
Favorite Strike mission aku personally adalah Sunless Cell sebab end boss tu kau lawan dalam gelap dan situasi boleh jadi hectic masa kau main Strike tu.
Favorite Raid aku mestilah King’s Fall. Epic gila dan complex. Semua enam-enam orang dalam Fireteam ada kerja masing-masing yang diaorang perlu buat supaya team tak kena wipe.
Multiplayer
Disebabkan Destiny ni online multiplayer game, jadi dia ada la Multiplayer arena component dalam dia. Dalam Destiny, component PvP (Player Versus Player) arena ni di panggil “Crucible”.
Ada banyak game mode untuk Crucible ni. Dari Control (ada 3 control point, team kau kena rebut dengan team lain sambil berlawan antara satu sama lain), Rift (ada satu bola energy spawn kat tengah-tengah map, kau kena bekerjasama dengan team kau ambik bola tu dan score dekat team lain punya goal), Clash (free for all, lawan sampai lebam), dan macam-macam lagi.
Tiap bulan pulak ada special PvP event yang di panggil “Iron Banner” . Iron Banner ni selalu dia tukar-tukar konsep dia. Macam untuk bulan ni (Julai 2016) Iron Banner adalah Control. Iron Banner ni pulak boleh dapat reward yang exclusive dari game mode tu je. Cool la rewards dia sebab boleh dapat senjata yang best, armor piece yang lawa-lawa. Iron Banner ni selalu seminggu je duration dia. Jadi untuk seminggu setiap bulan, memang kebanyakan player Destiny akan main Iron Banner.
Favorite PvP game aku adalah Mayhem Clash. Dalam mode ni, radar takde, semua ability kau charge cepat, dan dia free for all. Memang layan kalau pandai menyorok dan lari. Hahaha.
Graphic
Game Destiny ni framerate dia locked kat 30fps. Buat masa ni, graphic engine dia adalah upgrade sikit je dari last gen, so dia kurang lawa kalau kau bandingkan dengan Star Wars Battlefront ke, Uncharted 4 ke. Lepas expansion baru ni diharapkan graphic akan jadi lawa sikit sebab last gen support ditamatkan oleh Bungie. Jadi banyak benda baru boleh di implement sebab current gen ni lagi power dan capable.
Verdict
Kalau korang nak main game yang memberikan online experience yang hebat, dan korang minat first person shooter, aku amat recommend main Destiny ni. Cuma kalau boleh jangan beli sekarang sebab expansion baru nak keluar. Jadi tunggu dulu sebab nanti akan keluar game ni dengan semua expansion termasuk yang baru dalam satu disc. Kalau beli sekarang, korang kena beli “Rise of Irons” expansion September nanti dengan harga RM120.
Personally game ni jarang keluar dari PS4 aku. Technically PS4 aku dah jadi “Destiny Machine” je. Semua elemen dalam game ni aku suka dari soundtrack, gameplay, community, control. Cuma aku kalau boleh nak game ni jadi 60fps dan graphic dia jadi lawa sikit je lagi.
Final verdict aku : 9/10
*sape-sape nak add aku dalam Playstation Network untuk main Destiny, sila lah add “Techsupremo”. Kasi la sikit intro dekat invite korang tu nanti, takde la aku tertanya-tanya sapa pulak yang nak add aku ni*