Awal minggu nih dalam hari Selasa, bersamaan April 2, 2016 Warner Bros Malaysia ajak aku pegi press screening untuk filem SUICIDE SQUAD.

Terima kasih kepada Youtube dan Maxis pasal offer pengkarya-pengkarya macam aku servis untuk shooting free-of-charge!
Flow. Characterization. Tone.
Pada aku, masalah keempat (Unlocked New Bonus!!!) ialah direktor SUICIDE SQUAD sendiri, David Ayer yang takde humility langsung!
Sejak dia mula turun padang jumpa fans di San Diego Comic-Con (SDCC) pada tahun 2014 lagi, dia sering vokal didalam media massa mengatakan bahawa betapa agungnya DC Comics berbanding Marvel Comics – How DC Comics owns SDCC and the box office(!)
Tengok sajalah lagak mamat nih dekat Red Carpet premiere SUICIDE SQUAD hujung minggu lepas:
Dapat bekerja untuk mengadaptasikan comic book IP yang ada beratus ribu fans ialah satu honor yang besar….bukannya ‘divine right’ untuk mencercakan fans dan melaga-laga kan fanbase DC dan Marvel weh.

Aku seorang peminat comic book yang fanat sememangnya suka both DC dan Marvel Comics sejak tahun 1990 lagi. Sebagai seorang fanboy tegar yang membesar pada zaman kegemilangan comic books pada tahun 90-an….semestinya lah aku nak both companies berjaya di box office!
Tapi DC Comics/Warner Bros. (DC/WB) memang nampaknya macam dah nazak dengan kehadiran filem ketiga dalam DC Extended Universe (DCEU) nih.

Pada aku kalau kita nak buat apa sahaja usaha lah di dalam dunia nih sekalipun: “Nawaitu (Niat) itu penting!”
Nawaitu Marvel Studios buat filem pasal nak membesarkan dunia Marvel Cinematic Universe (MCU) dia. EVERY piece penting kepada Marvel bagaikan sekeping Lego.
Setiap keping Lego yang modular.
Dapat digabungkan dengan filem filem Marvel yang lain.
Digabungkan untuk jadi fasa. MCU Fasa 1, 2 dan 3. Yang akhirnya menjadi satu mosaic besar dikenali sebagai the MCU.
Sikit sikit lama lama jadi bukit!
Pada aku lah…Nawaitu DC/WB tak betul sebenarnya.
DC/WB tengok Disney/Marvel buat US$1.5 billion di box office degan filem The Avengers (2012). Tup tap tup tap…Diorang pun nak payday mcm tuh!
Bulan Oct 2014 lepas, DC/WB announced yang diorang pun nak buat 10 filem comic book untuk ikut trend kejayaan Marvel Studios. Script tak tulis lagi, director takde lagi, talent pun tak cast lagi. Takat ada producer team Nolan dan Snyder jer….
Bulan Oct 2014 announcement, tahun 2015 dah keluar dua filem? DC/WB ingat buat filem nih macam jual nasi lemak ke? Gelojoh sungguh,
Kat situ pun kita dah boleh tengok kesalahannnya tuh.
Marvel nawaitu berlandaskan passion dan niat murni untuk mengembangkan ukhuwah Marvel Cinematic Universe – memupuk fans generasi baru yang akan baca Marvel Comics akhirnya.
Marvel buat funding dgn Merill Lynch pinjam US$525 juta in 2005 utk bina Marvel Cinematic Universe diorang. Collateral? The comic book IPs of those Marvel characters sendiri.
Kalo fail…..Marvel lose the IPs tp their own characters! Bila dah mcm tuh…barulah pressured utk succeed!
Diorg ambik masa tiga tahun dari 2005 masa dapat funding utk produce filem Marvel Studios pertama, Iron Man (2008).
Bila Iron Man berjaya, ketua Marvel Studios, Kevin Feige janji kepada fans yang Marvel ada plan sehingga tahun 2012 – yang akan termakbul akhirnya dalam team-up filem The Avengers.
A unified cinematic universe?!
Tak pernah dibuatkan dek orang.
Satu Hollywood ketawa sinis tengok this new Hollywood studio yang teramat naif dan fanat passion mereka terhadap IP mereka.
Janji yg disemat di hati fans selama empat tahun itu lah yang menjadi hype.
Dari hype akhirnya menjadi realiti.
Dan dalam realiti menjadi sukses!
DC/WB nawaitu nak buat duit billion billion jer. Berusaha kerja keras tak nak langsung.
Bila nawaitu dah salah…then EVERY decision yg ko buat during the creative process dari casting kepada script kepada CGI semua ko buat mcm melepaskan batuk di tangga.
Pasal ko nak terkejar release date 10 movie yang ko dah janji kat DC fans without caring about the creative process. David Ayer sempat 6 minggu jer nak konsepkan dan menyiapkan skrip SUICIDE SQUAD sebelum shooting bermula.
Good things TAKE TIME!
Bukan hari nih janji nak buat filem, esok terus buleh siap ikat tepi…terus boom USD$ 1.5 billion di box office, beb!
Kesimpulannya, DC/WB nak bina towards apa sebenanya? Kalau bukan Phase 1 atau Phase 2 mcm Marvel, apa makro-pelan DC/WB sebenarnya?
Ke saja nak melepaskan batuk di tangga didalam harapan boleh tertendang duit US$1.5 billion di tepi box office secare sengaja?
Lagi baik tak payah rugi masa lah fans lah kalau macam tuh….